fbpx

Lelaki warga asing dituduh berhutang RM25,000 diculik, disorok dan diikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa culik dituduh berhutang RM25,000 dijumpai di sebuah bangunan di Seri Kembangan.

SENTUL – Seorang lelaki menerima nasib malang apabila dia diculik, diikat kaki dan disorok selepas dituduh berhutang sebanyak RM25,000.

Dalam kejadian itu, suspek menghubungi keluarga mangsa dan meminta wang tebusan sebanyak RM40,000.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan pada Ahad lalu mengenai kejadian mangsa berusia 45 tahun dilarikan di Jalan Sentul Indah di sini pada 7 Oktober lepas.

Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul menyerbu sebuah rumah kongsi di Seri Kembangan, Selangor dan menangkap dua lelaki asing berusia 34 dan 43 tahun pukul 12.15 tengah hari, Ahad lalu.

“Pihak kami kemudian menemui mangsa yang disorok dalam sebuah bangunan berdekatan rumah kongsi tersebut dalam keadaan tangan dan kakinya diikat rantai besi.

“Dalam satu tangkapan berasingan pada Isnin lalu, kami membuat tangkapan lagi ke atas seorang lelaki dan dua wanita warga tempatan di dua lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Polis merampas pelbagai barangan antaranya sebuah kereta yang digunakan untuk melarikan mangsa, telefon bimbit, anak kunci, kad bank dan pakaian dipakai suspek semasa kejadian.

Menurut Eng Lai, kes disiasat dibawah Seksyen 362 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang.

“Dua suspek utama direman sehingga 24 Oktober ini sementara tiga suspek warga tempatan dibebaskan dengan jaminan polis semalam,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI