fbpx

Amirudin tak minta bubar DUN kepada Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak pernah membuat permintaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berkata, kenyataan-kenyataan di akhbar dan media sosial berhubung dengan keputusan Kerajaan Selangor untuk tidak membubarkan Dewan Negeri Selangor bagi mengadakan pilihan raya pada tahun ini didapati terdapat beberapa kenyataan yang kurang tepat.

“Sebenarnya pada 11 Oktober lalu, Datuk Menteri Besar tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Negeri Selangor pada tahun ini dan berhasrat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.

“Baginda mengambil maklum akan kedudukan ini dan mengharapkan agenda pembangunan negeri Selangor yang telah dirancang dapat diteruskan demi kepentingan rakyat,” jelasnya dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Kerajaan Selangor mengekalkan pendirian tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga hujung tahun ini bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor dipetik berkata, pihaknya masih kekal dengan keputusan itu selepas menyembah maklum nasihat baginda supaya menyelesaikan terlebih dahulu urusan kepada rakyat negeri ini.

“Perbincangan saya bersama Sultan Sharafuddin adalah pertemuan lazim melibatkan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan sebelum pembubaran DUN.

“Ia antaranya berkaitan soal pembangunan, banjir, bajet dan Rancangan Selangor Pertama. Maka dengan itu, PH Selangor kekal dengan keputusan tidak membubarkan DUN pada tahun ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI