fbpx
KELAWAR merupakan haiwan yang sering dikaitkan dengan penyakit-penyakit berjangkit. – GAMBAR HIASAN

Virus serupa Covid-19 ditemui di Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VIRUS yang serupa dengan Covid-19 telah ditemui pada kelawar di Russia dan para saintis menggesa pembuatan vaksin baharu dibangunkan.

Para saintis memberi amaran virus itu boleh mencetuskan wabak baharu jika vaksin tidak dibangunkan dengan segera.

Malah, virus ini dikatakan boleh merebak kepada manusia melalui haiwan yang mati.

Sama seperti SARS-CoV-2, virus pernafasan baharu yang ditemui dalam kalangan kelawar dikenali sebagai Khosta-2 dan mempunyai protein spike itu boleh menjangkiti sel manusia menggunakan laluan masuk sama.

Menurut saintis, virus baharu ini tidak dapat dineutralkan oleh ubat-ubatan semasa saat ini.

Antibodi yang dibangunkan daripada varian Omicron juga dikatakan tidak berkesan
terhadap virus baharu ini.

Patogen ini tergolong dalam kumpulan koronavirus pernafasan akut dikenali sebagai sarbecovirus.

“Penemuan kami ini telah menjadi sebab akan keperluan untuk pembangunan berterusan vaksin sarbecovirus baharu dan perlindungan yang lebih luas,” tulis penyelidik dalam satu jurnal.

Penyelidik di Russia pada mulanya menemui Khosta-2 bersama-sama dengan virus kelawar lain, Khosta-1, pada tahun 2020.

Pada masa itu, bagaimanapun, penyelidik tidak menemui sebarang patogen yang kelihatan sangat berbahaya.

Kedua-dua virus ini bagaimanapun tidak berkait dengan SARS-CoV-2.

Malah, kedua-duanya berasal daripada keturunan berbeza yang tidak mempunyai beberapa gen yang dikatakan penyelidik diperlukan untuk melawan sistem imun manusia.

Bagaimanapun, pakar telah mengenal pasti beberapa ciri yang membimbangkan dalam Khosta-2 setelah diperiksa dengan lebih mendalam.

Di makmal, patogen kelawar ini dapat menggunakan reseptor enzim penukar angiotensin 2 (ACE2) pada sel hati manusia untuk menjangkiti tisu dengan cara yang sama seperti SARS-CoV-2.

Domain pengikat reseptor pada protein spike juga menunjukkan daya tahan sepenuhnya terhadap antibodi monoklonal yang disebabkan oleh vaksin Covid-19.

“Secara genetik, virus aneh ini kelihatan seperti beberapa virus lain yang ditemui di tempat lain di seluruh dunia, tetapi kerana tidak kelihatan seperti SARS-CoV-2, tiada siapa yang menyangka ia benar-benar sesuatu yang terlalu menarik.

“Namun begitu, apabila kami melihatnya dengan lebih lanjut, kami benar-benar terkejut apabila mendapati ia boleh menjangkiti sel manusia.

“Hal ini telah mengubah pemahaman kami tentang virus ini sedikit, dari mana ia datang dan perkara yang menjadi kebimbangan,” jelas ahli virologi, Michael Letko.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN