fbpx

UMNO bergerak solo, Pas mahu bertemu Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (kanan) ditemui pengamal media di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pas mahu kepastian daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri berhubung pendirian parti tersebut untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebelum ini, kenyataan tersebut hanya diterima menerusi media bukan daripada mulut Ahmad Zahid sendiri.

“Kita dengar kenyataan-kenyataan bertanding secara solo itu dari salah seorang naib presiden UMNO. Kalau kita bandingkan kenyataan-kenyataan beberapa bulan sebelum ini, kadang kala lain daripada yang dimaksudkan presiden (Ahmad Zahid).

“Kami dalam proses untuk mendapatkan penjelasan daripada presiden UMNO (Ahmad Zahid) sendiri. Walaupun terbaru dilaporkan beliau mengesahkan UMNO akan bertanding solo, itu pun didengar daripada media,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini memaklumkan parti itu tidak dapat memilih antara UMNO atau Bersatu sebaliknya kekal mahu bekerjasama dengan kedua-dua parti berkenaan demi perpaduan ummah dan Islam.

Susulan itu, Ahmad Zahid menegaskan UMNO akan bergerak solo pada PRU-15 berikutan Pas masih tidak memiliki pendirian tetap dan gagal memenuhi tiga syarat ditetapkan.

Tiga syarat itu ialah Pas perlu keluar daripada Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Ber­satu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufa­rakah’ 100 peratus daripada Perikatan Nasional dan Bersatu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI