fbpx

Nenek berkorban jaga cucu sakit kanser otak, OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizah mencium Aish Zikri yang menghidap kanser otak ketika ditemui bersama tiga lagi cucunya di Taman Datin Fatimah, Melaka semalam.

MELAKA – Seorang wanita warga emas tabah menjaga empat cucunya termasuk seorang daripadanya yang menghidap kanser otak tahap empat, manakala dua lagi merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Menurut Azizah Abdul Aziz, 67, cucunya, Amyamira Abdullah, 20, Nurkhairini, 12, Aish Alaudin, 8, dan Aish Zikri, 7, baru sahaja kehilangan ibu mereka yang meninggal dunia akibat penyakit usus, bulan lalu.

Susulan itu, warga emas tersebut kini memikul tanggungjawab menjaga anak-anak tersebut.

“Cucu sulung saya adalah OKU lembam, yang ketiga berusia lapan tahun menghidap autism dan bongsu pula menderita kanser otak sejak dia berusia tiga tahun.

“Sejak ibu mereka meninggal, saya menjaga makan minum dan persekolahan mereka, namun yang paling saya bimbang adalah mengenai rawatan si bongsu ini, Aish Zikri Abdul Rani.

“Doktor baru sahaja mengeluarkan wayar dari kepalanya pada awal tahun ini dan kini penglihatan mata kirinya telah rosak akibat penyakit itu,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Datin Fatimah di sini semalam.

Menurutnya, bapa kepada anak-anak itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan membantu menjaga Aish Zikri termasuk membawanya ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan.

Azizah berkata, dia kini berniaga nasi ayam dengan keuntungan kira-kira RM50 sehari bagi menampung kehidupan mereka enam beranak.

“Kadangkala kalau Nurkhai­rini ada kelas tambahan dan tidak ada yang boleh menjaga Aish Zikri, saya akan bawanya berjalan kaki sekali ke kedai,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Azizah boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 0413541000015084 atas nama Azizah Abdul Aziz atau menghubungi 019-235 7339.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI