fbpx

Agrobank sokong perniagaan penggiat seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Ahmad Badli Shah (lima dari kanan) bergambar bersama para penggiat seni yang diterajui oleh Anne Abdullah (empat dari kiri) di sesi taklimat perkongsian penerangan keusahawanan dan produk pembiayaan Agrobank di Hotel Perdana Kuala Lumpur pada Selasa.

PETALING JAYA – Agrobank menyokong penggiat seni tanah air merancakkan lagi perniagaan mereka menerusi pelbagai penawaran produk pembiayaan dan perkhidmatan menarik termasuk sesi perkongsian ilmu tadbir urus perniagaan dan kewangan, penyediaan kertas kerja perniagaan serta penjenamaan produk.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk membantu penggiat seni dengan pelbagai program pembiayaan dan inisiatif bersesuaian, sekali gus merancakkan sektor pertanian dan agro makanan negara.

“Melalui sesi taklimat yang diadakan, dapat saya simpulkan bahawa para penggiat seni tanah air yang hadir berada di landasan yang betul dan mempunyai prospek perniagaan yang berpotensi besar serta berdaya maju untuk diketengahkan.

“Saya percaya penyediaan maklumat yang jelas dan terperinci akan kemudahan dana pembiayaan serta perkhidmatan disediakan oleh Agrobank akan dapat membantu mereka membuat pilihan tepat untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehpasaran perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kira-kira 30 penggiat seni yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara telah hadir ke sesi taklimat Agrobank yang dikendalikan oleh Ketua Jabatan Pusat Kecemerlangan Agrobank, Rosli Jusoh dan Pengurus Cawangan Kuala Lumpur Agrobank, Mohd Haizan Mohd Aziz.

Taklimat berkenaan membincangkan permasalahan yang sedang dihadapi penggiat seni dalam menjalankan perniagaan mereka dan sekali gus memperkenalkan produk dan perkhidmatan Agrobank yang bersesuaian.

Antara penggiat seni tempatan yang hadir ialah Anne Abdullah, Abon, Kuna, Kuza, Ayu Damit, Nadia Mustafar, Laila Nasir dan Ezlynn. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI