fbpx

UMNO Perlis kemuka lima nama calon kerusi Parlimen, DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan (belakang, tiga dari kiri) bergambar bersama penerima hak milik tanah pada Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik Tanah Kerajaan di Negeri Perlis di Dewan Besar Felda Chuping, Padang Besar, hari ini.

PADANG BESAR – UMNO Perlis mengemukakan sekurang-kurangnya lima nama calon bagi setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Perkembangan tersebut juga sekali gus bertentangan dengan kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini yang menyatakan bahawa Jawatankuasa UMNO Bahagian hanya mengemukakan nama beliau sebagai calon tunggal di kerusi itu.

Azlan berkata, semua nama berkenaan akan disaring dan dipertimbangkan oleh lima pemimpin tertinggi UMNO sebelum dimuktamadkan.

“Calon-calon yang dikemukakan juga terdiri daripada kombinasi muka lama dan baharu meliputi pelbagai lapisan usia.

“Semua wakil rakyat ketika ini bersama empat ke lima nama lain yang dikemukakan bagi setiap kawasan adalah calon layak untuk dipertimbangkan oleh Top 5,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik Tanah Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Besar Felda Chuping, di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan kenyataan Shahidan yang menyatakan pemilihan beliau sebagai calon tunggal di Parlimen Arau adalah atas pilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bagi memastikan calon-calon diketengahkan itu boleh menang di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Pengerusi Perhubungan Umno negeri juga telah diminta untuk mengemukakan senarai nama yang bakal bertanding pada PRU-15 kepada Top 5 parti selewat-lewatnya kelmarin bagi menjalani proses penentuan calon.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Bintong atau ke Parlimen, Azlan berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat berhubung perkara itu dan menyerahkannya kepada pimpinan tertinggi parti.

“Kalau saya diputuskan untuk kekal di DUN pun saya terima dan kalau kena pindah (ke Parlimen) pun saya terima,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI