fbpx

Syiling emas ditemui di bawah lantai dapur dijual pada harga RM3.9 juta dalam lelongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYILING emas itu disimpan di dalam tin logam di dalam tanah. - Spink/BNPS

LONDON – Sepasang suami isteri di Britain yang menemui 264 keping syiling emas di bawah lantai dapur rumah mereka berjaya menjualnya pada harga £754,320 (RM3.9 juta) dalam satu acara lelongan, lapor akhbar Metro UK kelmarin. 

Pasangan itu sedang mengubah suai lantai dapur rumah mereka sebelum menjumpai sebuah tin logam berisi kepingan syiling emas.

Sebilangan artifak itu berusia 400 tahun dan tertanam di bawah tanah sedalam 15 sentimeter (sm) di Kampung Ellerby, North Yorkshire.

Pemilik yang enggan identiti mereka didedahkan itu, pada awalnya menyangka barang tersebut sebagai kabel elektrik.

Beberapa syiling emas itu didapati bertarikh dari 1610 hingga 1727 ketika pemerintahan Raja James I, Charles I dan George I.

Setelah mendapatkan pandangan pakar artifak, syiling itu didapati milik keluarga saudagar kaya dari bandar Hull, Fernley-Maisters.

Fernley-Maisters adalah pengimport dan pengeksport kayu balak, arang batu dan bijih besi dengan generasi terkemudian berkhidmat sebagai anggota Parlimen pada awal 1700-an. 

“Jualan itu unik dalam banyak cara. Sejarah syiling itu, kaedah penemuannya dan peluang yang jarang untuk membelinya dalam acara lelongan.

“Saya tidak pernah melihat lelongan seperti itu sebelum ini. Hasilnya membuktikan keunikannya kerana anggaran saya diatasi sebanyak tiga kali ganda,” kata pelelong daripada firma Spink & Son, Gregory Edmund. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI