fbpx

Lelaki akur terpaksa berebut guna tandas rumah dengan buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya tersebut enggan bergerak selepas cuba dihalau oleh pemilik rumah. - Daily Star

NEW DELHI – Seorang lelaki di negeri Kharkuva, India terpaksa akur untuk sabar menunggu sebelum menggunakan tandas rumahnya apabila mendapati seekor buaya sedang ‘melepaskan hajat’ di premis berkenaan, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Kejadian itu berlaku kepada Udaysinh Bhikhabhai Rathod yang mahu menggunakan tandas di belakang rumah, namun menemui reptilia sepanjang 182 sentimeter (sm) itu di dalamnya.

Udaysinh gagal menghalau buaya itu keluar dan terpaksa memanggil pihak berkuasa supaya  menangkap binatang buas tersebut.

“Kawasan tanah paya yang terletak dekat dengan kampung kami tidak mempunyai tembok pelindung dan ia terkenal sebagai lubuk buaya di sini.

“Jadi, ada kalanya, buaya menyelinap keluar dari tempat itu dan masuk ke kampung kami,” jelasnya.

Pasukan penyelamat berjaya menangkap buaya liar itu dan akan memulangkan haiwan itu ke habitat semula jadi di tanah lembap berhampiran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI