fbpx

Anak maut, bapa parah langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengeluarkan mangsa kemalangan berhampiran lampu isyarat Jalan Besar RTB Bukit Changgang menghala ke KLIA, hari ini.

KUALA LANGAT – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas kereta dinaiki melanggar bahagian belakang lori tiga tan berhampiran lampu isyarat Jalan Besar RTB Bukit Changgang menghala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Mangsa yang maut dikenali Muhammad Niyaz Mohd. Nizam berusia dua tahun maut di lokasi kejadian selepas dipercayai tercampak ke bahagian ruang belakang kereta jenis Perodua Kelisa dinaikinya.

Sementara, bapanya yang juga pemandu iaitu Mohd. Nizam Muhammad Zainon, 39, cedera parah selepas tersepit di bahagian ruang hadapan kereta itu.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.58 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal kemalangan melibatkan kereta Perodua Kelisa dinaiki dua beranak telah melanggar belakang sebuah lori tiga tan.

“Akibat kemalangan tersebut pemandu kereta telah tersepit di ruang hadapan manakala anaknya dipercayai telah tercampak bahagian ruang belakang kereta.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pihak bomba dan dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI