fbpx

Adam Lee rehatkan jiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAMA kali ‘disandingkan’ dalam sebuah naskhah, Adam Lee dan Wanna Ali masing-masing saling memuji kredibiliti lakonan satu sama lain.

SESEKALI ingin lari daripada beratnya naskhah emosi, pelakon Adam Lee mengakui bahagia apabila berpeluang menjayakan sebuah drama romantik komedi atau rom-com.

Adakah Engkau Menungguku yang sudah pun ditayangkan menerusi slot Lestary TV3 pada 29 September lalu menampilkan Adam, 28, berpadu lakonan buat pertama kalinya dengan Wanna Ali.

Ujar pemilik nama lengkap Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee itu, meskipun ada timbul keraguan tentang kemampuannya menjayakan naskhah komedi tetapi dia menyahutnya sebagai satu bentuk cabaran.

Adam juga turut berkongsi sedikit tentang persiapan dan debaran menuju hari bahagianya bersama tunang, pelakon Sweet Qismina yang dijangka berlangsung dalam bulan ini.

Ikuti perkembangan pelakon tinggi lampai itu sewaktu temu bual secara maya sempena mempromosikan drama Adakah Engkau Menungguku baru-baru ini.

KOSMO!: Apa watak Adam dalam drama ini?
ADAM LEE: Dalam drama Adakah Engkau Menungguku, saya memegang watak sebagai Ikmal. Bekerja sebagai tukang masak dan ada perniagaan sendiri. Teman wanitanya, Sofia mengajak dia berpindah ke Australia tetapi Ikmal enggan. Atas alasan, sudah bertahun dia meninggalkan ibunya di sini. Sehinggalah kemudian dia tanpa sengaja bertemu dengan Ariana (Wanna Ali).

Mengapa anda terima watak dan naskhah ini?
Drama ini sangat berbeza dengan naskhah lain yang pernah saya jayakan sebelum ini. Alhamdulillah, sebelum ini saya banyak berpeluang memainkan watak dalam naskhah berat. Tetapi kali ini, saya cuba lari dari zon itu dan lakukan sesuatu yang menyeronokkan. Pendek kata, saya nak rehatkan sekejap jiwa dengan buat drama romantik komedi.

Apa kelainan drama ini berbanding naskhah rom-com lain?
Kalau untuk drama lain, mungkin romantiknya buatkan kita penat jiwa menonton atau sakit hati. Tetapi cerita ini, sangat seronok sebab tak ada rasa penat itu. Saya gerenti, penonton seronok sepanjang tengok cerita ini sebab sangat-sangat menarik. Ada juga banyak babak kelakar.

Apa perasaan apabila keluar dari kebiasaan dengan membawakan drama komedi?
Sejujurnya memang ada keraguan dalam diri saya pada awalnya sebelum berlakon drama ini. Sebab saya fikir dalam hati, bolehkah saya buat komedi? Tetapi alhamdulillah, pengarah Azmi Hatta banyak membantu.

Semakin laris diambil selaku hero, apa komen anda?
Tak kisah pun kalau dapat watak hero atau kedua. Kalau bersesuaian dengan jalan cerita, saya okey saja. Paling penting kerja kena bagus.

Alhamdulillah, saya masih diberi peluang menjadi hero. Tetapi ini semua soal rezeki. Ada pelakon berusia seperti Zamarul Hisham masih laku jadi hero. Jadi saya tak kisah pun mana-mana watak asalkan menjadi.

Dalam bulan ini anda dan Sweet Qismina bakal disatukan. Boleh kongsi debaran itu?
Cabaran menuju hari bahagia memang ada. Bukan kami saja tetapi saya percaya, semua pasangan yang nak ke arah itu (perkahwinan) akan melaluinya.

Itu perkara yang normal tetapi cara bagaimana nak selesaikan dugaan paling penting. Setakat ini, alhamdulillah persiapan perkahwinan kami sudah 80 peratus disiapkan. Semuanya kami lakukan sendiri tanpa mengupah perunding perkahwinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI