fbpx

Tarikh PRU-15 masih belum pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir. - FOTO/ FAISOL MUSTAFA

KUALA LANGAT – Teka- teki tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) masih belum diketahui termasuk di peringkat kepimpinan tertinggi UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan diadakan malam ini juga belum dapat dipastikan agendanya walaupun spekulasi bertiup kencang adalah mengenai persediaan PRU-15.

“Kita pun masih menunggu (tarikh pembubaran Parlimen).

“Masih belum ‘clear’ (jelas). Bila dah (jelas) baru kita komen,” katanya selepas Program Karnival Mini Aspirasi Keluarga Malaysia di Kolej MARA Banting Bukit Changgang hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan, UMNO akan mengadakan mesyuarat khas MT hari ini sekali gus membayangkan pembubaran Parlimen bakal berlaku dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai Bajet 2023, beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menzahirkan penghargaan penambahan bajet khususnya untuk internet desa dan internet kelas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

“Boleh dikatakan bajet untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar ada peningkatan jumlah dan ada yang luar biasa.

“Selain peningkatan untuk internet desa dan kelas kemas didapati peruntukkan turut diberikan untuk prasarana dan pendidikan yang lain dalam kementerian ini,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI