fbpx

Rizky Billar sudah jatuhkan talak buat Lesti Kejora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGUAM memaklumkanm Rizky sempat menjatuhkan talak kepada Lesti namun mereka kembali berhubungan sebagai suami isteri bagi memperbaiki keadaan.

KONTROVERSI rumah tangga pasangan seberang, Lesti Kejora dan Rizky Billar terus hangat diperkatakan apabila pelakon itu didakwa sudah melafazkan talak kepada isterinya.

Peguamnya, Adek Erfil Manurung berkata, Rizky tidak sengaja melafazkan talak ketika pasangan itu sedang bertengkar.

“Mereka bergaduh pada pukul 5 pagi, Lesti mengamuk. Rizky kemudiannya ke bilik air bagi menenangkan diri.

“Ketika dia ke bilik air, Lesti terus mengamuk dan dia (Rizky) terus menjatuhkan talak satu kepada Lesti” ujar peguam.

Selepas itu, Lesti menjadi sangat emosi dan menarik leher suaminya hingga rantai Rizky terputus.

Adek berkata, perkara itu yang membuatkan Rizky bertindak menepis sehingga membuatkan Lesti terjatuh bukan dibanting seperti yang dilaporkan media.

Tambah Adek lagi, Rizky kemudiannya bimbang dengan talak yang disebut itu lalu mencari maklumat di internet berkaitan lafaz talak yang dilakukan terhadap isterinya.

Katanya lagi, Rizky mendapati status talak itu boleh gugur dengan melakukan hubungan suami isteri.

“Dia bangun pukul 8 pagi dan mencari maklumat di internet berkaitan dengan talak satu. Dia dapati boleh selesai dengan berhubungan suami isteri semua. Jadi biasa suami isteri melakukan hubungan selepas bertengkar” ujarnya.

Awal minggu lalu, pasangan selebriti popular ini mengejutkan industri hiburan apabila rumah tangga yang mereka yang selama ini dianggap bahagia rupa-rupanya tidak seindah digambarkan.

Rizky yang juga seorang pelakon itu didakwa bertindak agresif dengan memukul isterinya termasuk mencekik sehingga terjatuh ke lantai.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI