fbpx
ORANG ramai berjalan berhampiran sampah yang ditinggalkan di tempat duduk penonton di Stadium Kanjuruhan pada 3 oktober lalu. -AFP

Polis temui 46 botol minuman keras di Stadium Kanjuruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Polis Republik Indonesia menemui 46 botol minuman keras di luar dan sekitar Stadium Kanjuruhan selepas insiden rempuhan yang meragut 131 nyawa, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

“Sebanyak 46 botol minuman keras bersaiz 550 mililiter ditemui,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Inspektor Jeneral Dedi Prasetyo.

Dedi berkata, sebanyak 11 botol minuman keras disiasat oleh pasukan makmal forensik sebagai sebahagian daripada proses siasatan berhubung insiden terbabit.

Ketua Panitia Disiplin Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erwin Tobing sebelum ini turut memaklumkan penemuan botol minuman keras di stadium tersebut.

“Kami menemui banyak minuman keras yang masih berisi penuh di dalam botol plastik. Sebanyak 42 botol masih belum diminum.

“Bagaimana minuman ini berjaya dibawa masuk sedangkan sepatutnya ada pemeriksaan?

“Pihak penganjur sepatutnya bertanggungjawab. Itu beberapa kelemahan yang kami temui,” katanya.

Tambah Erwin, bahan terlarang itu sepatutnya tidak dibenarkan dibawa masuk kerana setiap beg penonton perlu diperiksa sebelum memasuki stadium. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN