fbpx

PH Selangor bincang persediaan parlimen PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakatan Harapan (PH) Selangor akan mengadakan mesyuarat bagi membicangkan isu berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) esok.

SHAH ALAM- Pakatan Harapan (PH) Selangor akan mengadakan mesyuarat bagi membicangkan isu berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) esok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, perbincangan tersebut bagaimanapun hanya menjurus kepada 22 kawasan Parlimen Selangor sahaja.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras menegaskan ini susulan pengumuman pembubaran Parlimen yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Buat waktu ini, PH Selangor tidak akan bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah maklum perkara ini.

“Semua pimpinan tertinggi PH Selangor dijangka hadir pada mesyuarat itu,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Untuk rekod, PH memiliki 16 kerusi Parlimen di Selangor manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan tiga kerusi diikuti Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebanyak dua kerusi dan Barisan Nasional (1).

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.

Pembubaran tersebut adalah susulan daripada sesi menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI