fbpx

Perutusan Khas Ismail Sabri 3 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu perutusan khas pada pukul 3 petang nanti sekali gus berkemungkinan menjawab segala persoalan rakyat mengenai spekulasi pembubaran Parlimen pada hari ini.

Ismail Sabri dijangka membuat perutusan khas itu secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen selain boleh ditonton menerusi platform media sosial.

Terdahulu, beberapa pengamal media mula berkampung di Pejabat Perdana Menteri seawal pukul 8 pagi tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai spekulasi berkenaan.

Sebelum ini, KOSMO! Online melaporkan Ismail Sabri dijangka mengumumkan sesuatu hari ini sekali gus menguatkan lagi spekulasi berhubung pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRU-15.

Perutusan khas.

Sumber dalaman UMNO ketika dihubungi Kosmo! semalam berkata, pengumuman tersebut bakal dibuat pagi ini.

“Tidak boleh nak kata lagi, mungkin bubar (Parlimen) atau tidak, kalau ada mungkin pagi esok,” katanya.

Desas desus pembubaran Parlimen kembali kencang apabila ada dakwaan mengatakan Perdana Menteri mengadakan pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang semalam.

Sebelum ini, Ismail Sabri juga telah bertemu Yang di-Pertuan Agong pada Rabu sebelum perbentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Al Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke London bagi mengadakan lawatan khas hingga 16 Oktober nanti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI