fbpx
SKUAD negara mampu meningkatkan prestasi sekiranya diberikan peluang lebih kerap bertemu pasukan terbaik dunia. – FB MHC

Malaysian Tigers Perlu kerap lawan pasukan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih skuad hoki lelaki negara, Arul Selvaraj percaya anak-anak buahnya mampu mencabar tiga pasukan terbaik dunia jika bermain lebih banyak perlawanan antarabangsa berintensiti tinggi.

Arul, 48, merasakan ia adalah antara faktor menyebabkan Malaysian Tigers kekurangan dari segi aspek bertahan sewaktu tewas 0-7 kepada Beligum dalam aksi Jelajah Eropah di Brussels minggu lalu.

Begitupun, beliau tetap ber­puas hati dengan para pemainnya ke­rana masih berjaya meloloskan diri ke dalam kawasan D Belgium sebanyak 21 kali biarpun tumbang juga kepada pasukan No.2 dunia itu.

“Kalau boleh kita nak main selalu dengan pasukan-pasukan seperti Australia, Belgium dan Belanda. Kalau boleh setiap enam hingga lapan minggu kita nak perlawanan seperti ini.

“Kita tak biasa bermain de­ngan tempo tinggi mereka (Belgium). Sama seperti memandu kereta pada kelajuan biasa 80 kilometer sejam (km/j), tiba-tiba pandu 180km/j, pasti susah nak kawal.

“Jadi, itulah kekurangan kita tetapi saya tetap gembira kerana pemain dapat menunjukkan peningkatan prestasi,” katanya ketika ditemui selepas pulang dari Jelajah Eropah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.

Skuad negara di ranking No. 10 dunia, memulakan siri jelajah dengan kemenangan 1-0 ke atas Belgium A sebelum tewas 0-7 kepada pasukan utama Belgium.

Malaysian Tigers kemudiannya tewas tipis 2-3 kepada Perancis sebelum meraih kemenangan 4-2 ke atas lawan di ranking ke-11 dunia itu pada aksi terakhir siri Jelajah Eropah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN