fbpx

Majlis Dewan Rakyat, Kamar Khas dibatalkan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Azhar Azizan Harun.

PETALING JAYA – Persidangan Majlis Dewan Rakyat dan Kamar Khas yang dijadualkan sebelum ini dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen ke-14.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, turut dibatalkan adalah mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Saya telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen Ke-14 berkuat kuasa hari ini yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada Baginda di bawah Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, urusan lanjut akan terletak kepada bidang kuasa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakan proses pilihan raya umum, “katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Azhar ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bersambung esok tidak akan diteruskan susulan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Menurut beliau, Sidang Dewan Rakyat akan kembali diadakan selepas Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas kerajaan baharu ditubuhkan.

Sebelum itu, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi pada memberi laluan PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri menerusi satu perutusan khas yang diadakan secara langsung di beberapa stesen televisyen dan semua platform media sosial.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI