fbpx

Kabinet interim berfungsi secara automatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kabinet PN.

KUALA LUMPUR – Kabinet berfungsi secara automatik dibawah kerajaan interim susulan pembubaran Parlimen bagi penggal ke-14 hari ini.

Penganalisis politik Universiti Malaya Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini merupakan Perdana Menteri kerajaan interim.

“Keadaan ini berbeza pada 2020 apabila Yang di-Pertuan Agong memperkenan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim.

“Keadaan ketika itu lain suasananya kerana Parlimen tidak dibubar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Awang Azman berkata, kerajaan interim masih berkuasa, bagaimanapun terbatas kepada apa yang telah diperuntukkan dalam Bajet 2022.

Menurut beliau, kerajaan interim tidak boleh mengumumkan peruntukan baharu, namun boleh mengumumkan bantuan kepada rakyat berdasarkan kelulusan belanjawan tahun ini.

“Perdana Menteri interim akan memastikan kerajaan berfungsi. Mesyuarat rasmi negara pun boleh dipengerusikan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI