fbpx

‘Bapa pemerdagangan hidupan liar’ tiada kesalahan di negara ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis membacakan waran tangkap ketika menahan warga Malaysia, Boon Ching, 58 (baju merah) di sebuah hotel di daerah Wang Thonglang, Bangkok.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia, Teo Boon Ching yang diesktradisi ke Amerika Syarikat (AS) dari Thailand atas dakwaan menjalankan aktiviti pemerdagangan hidupan liar terancam sejak lebih dua dekad, tidak melakukan jenayah di negara ini.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, perkara itu disahkan selepas pihaknya melakukan semakan berhubung kesalahan Boon Ching di negara ini.

“Semakan mendapati tiada terkesan sebarang kesalahan dilakukan Boon Ching di Malaysia bersabit kes ini, namun pemantauan akan terus dilaksanakan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Wildlife Crime Bureau (WCB) sentiasa mengikuti perkembangan ke atas Boon Ching yang diekstradisi dan dituduh di AS ekoran kesalahan pemerdagangan hidupan liar dan Akta Pengubahan Wang Haram (AS) pada 7 Oktober lalu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noorsiah, PDRM juga sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa di dalam dan luar negara bagi membanteras jenayah penyeludupan haiwan liar.

Boon Ching, 58, ditahan di Bangkok Julai lalu kerana jenayah penyeludupan hidupan liar.

Lelaki itu didakwa merupakan antara penyeludup hidupan liar utama sebuah rangkaian global.

Boon Ching digelar ‘bapa pemerdagangan hidupan liar’ oleh Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar AS sekali gus dikehendaki oleh pihak berkuasa negara itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI