fbpx

Bapa gilis anak 2 tahun guna traktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian. - TMN Cable TV Pattaya

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Chon Buri, Thailand secara tidak sengaja menggilis anak perempuannya menggunakan sebuah traktor yang mengakibatkan mangsa meninggal dunia, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Kemalangan ngeri itu berlaku di sebuah ladang di daerah Bowin, Khamis lalu.

Polis segera bertindak balas terhadap kejadian tersebut dengan menahan bapa berusia 27 tahun itu yang kecewa atas kematian anak perempuannya yang berumur dua tahun.

Lelaki tersebut memberitahu penyiasat bahawa dia sebelum ini telah melarang anak perempuannya bermain di sekitar traktor dan menasihati mangsa agar menjauhinya ketika dia mengendalikannya.

Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan menggunakan traktor tersebut untuk mengalihkan timbunan kotoran di mukim That Thong. Selepas menerima laporan, polis bergegas ke lokasi tersebut bersama anggota penyelamat.

Namun, kanak-kanak berkenaan dilaporkan mati di tempat kejadian akibat digilis. Akhbar Pattaya News melaporkan bahawa mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan sudah meninggal dunia ketika anggota penyelamat tiba.

Pegawai polis kemudian membawa suspek ke Balai Polis Bowin untuk disoal siasat.

Mayat mangsa yang dalam keadaan hancur dibawa ke hospital untuk bedah siasat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI