fbpx

Mayat wanita dalam beg pakaian disahkan jutawan Laos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menemui mayat Wipaporn di dalam sebuah bagasi yang terapung di Sungai Mekong. - Siam Pracha

BANGKOK – Mayat seorang wanita yang ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian di Sungai Mekong, wilayah Nakhon Phanom pada minggu lalu dikenal pasti sebagai pemilik sebuah syarikat dan jutawan dari Laos, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Polis Thailand cuba mengenal pasti identiti wanita itu daripada pakaian berjenama yang dipakainya. Mayat itu dihantar ke Hospital Srinagarind, wilayah Khin Kaen untuk bedah siasat. 

Seorang saudara kepada mangsa kemudian tampil dan  mengesahkan bahawa wanita itu bernama Wipaporn dan berusia 40 tahun.

Sudara wanita itu kemudian menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk membuktikan kesahihan hubungan mereka.

Wipaporn didakwa merupakan ketua eksekutif salah satu syarikat pembinaan terbesar di wilayah Vientiane, Laos.

Dia dilaporkan sudah melangsungkan perkahwinan sebanyak dua kali dan mempunyai empat orang anak. Anak perempuannya yang berusia lima tahun dan suami terbaharunya juga dilaporkan hilang.

Media Laos melaporkan bahawa kereta Mercedez-Benze milik Wipaporn telah ditinggalkan berhampiran tebing Sungai Mekong di Laos.

Polis Thailand memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat kes itu dan menyerahkan semua bukti yang dikumpulkan kepada polis Laos untuk siasatan dan pendakwaan lanjut.

Superintendan Balai Polis That Phanom di wilayah Nakhon Phanom, Tawin Kankate melaporkan bahawa saudara kepada mangsa ingin mengadakan upacara pengebumian di Thailand.

Mayat Wipaporn kini berada di tanah perkuburan sebuah yayasan amal di bandar Mukdahan. Upacara pengebumian akan berlangsung selepas siasatan selesai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI