fbpx
Antara pengamal media yang berkampung di depan Istana Negara pagi tadi.

PM bakal menghadap Agong petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira pukul 4 petang ini.

Tinjauan Kosmo! di pekarangan Istana Negara mendapati, pengamal media mula ‘berkampung’ di kawasan tersebut seawal pukul 9 pagi tadi lagi bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Dalam tentatif rasmi, Ismail Sabri dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mempersembah Bajet 2023, namun timbul desas-desus mengatakan beliau juga akan memohon perkenan pembubaran Dewan Rakyat.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan PRU-15 akan diadakan pada tahun ini juga. – KOSMO! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN