fbpx
SAKINAH dan suaminya, Hansen masing-masing menafikan bakal menimang zuriat hasil perkahwinan mereka dalam masa terdekat.

Kalau mengandung sekarang, anak nak letak mana? – Sharifah Sakinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Insya-Allah, tapi belum masanya lagi isteri saya (Sakinah) mengandung, itu kerja Tuhan.”

Demikian jawapan santai diberikan suami kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu yang juga jurulatih kesihatan, Michael Hansen tentang spekulasi isterinya kini sedang berbadan dua.

Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired sebelum ini turut menafikan spekulasi sedang hamil.

Jelas wanita berusia 33 tahun itu, keadaan perutnya yang sedikit membuncit dalam perkongsian terbaharu Instagramnya disebabkan terlalu banyak makan.

“Belum, belum (mengandung)! Saya makan banyak. Tapi, kalau mengandung sekarang, nak letak di mana (anak)? Kami kadang-kadang jauh dan sangat sibuk.

“Hubungan jarak jauh (LDR) sampai bila-bila agaknya. Entahlah, kalau tanya saya sampai bila LDR, mungkin sampai anak kami semua dah besar.

“Doakan sahajalah anak-anak kami sekarang membesar dengan jayanya. Bukan saya tak nak anak tapi suami saya tak nak dah tua nanti terkedek-kedek hantar anak pergi sekolah. Umur dia pun dah nak cecah 50-an.

“Seperkara lagi, nanti kalau ada anak dengan hidup kami yang masing-masing sibuk nak kena upah pengasuh (helper). Orang Eropah ada duit macam mana sekalipun, no helper!,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Terdahulu, spekulasi Sakinah kini berbadan dua menjadi buah mulut netizen selepas dilihat menggayakan gaun rona hijau yang menampakkan bahagian perutnya sedikit membuncit.

Lebih menguatkan ura-ura tersebut apabila Michael mengusik isterinya dengan dengan ungkapan berbunyi: “Itulah yang berlaku jika awak berbadan dua.”

Michael, 42, dan Sakinah mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri sekitar Februari tahun ini selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.

Sakinah sebelum ini pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, 5.

Sementara itu, Michael mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. – KOSMO! ONLINE

POPULAR