fbpx

Jalan Tun Sambanthan, Brickfields ditutup Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jalan Tun Sambanthan serta lorong-lorong masuk ke laluan tersebut akan ditutup sempena Hari Sukan Negara Peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang berlangsung di Pekan Little India, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields pada Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, penutupan tersebut bermula pukul 6.45 pagi hingga 10 pagi pada hari penganjuran sambutan itu.

Jalan yang ditutup sempena Hari Sukan Negara Peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

“Sehubungan itu, diminta kepada semua pengguna jalan raya khususnya di sekitar Pekan Little India untuk merancang semula perjalanan anda bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau tersangkut dalam kesesakan berikutan penutupan jalan sepanjang program berlangsung.

“Pengguna juga diminta mematuhi segala arahan daripada pihak polis bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, penutupan jalan itu juga bagi melancarkan program sambutan tersebut yang akan bermula pukul 7.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI