fbpx
Gambar hiasan

DUN Terengganu tidak akan dibubar pada masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Terengganu yang ditadbir Pas akan mengikut jejak tiga negeri dikuasai Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa terdekat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia selaras dengan keputusan Pas Pusat sebelum ini.

Naib Presiden Pas itu berkata, ketetapan tersebut turut diguna pakai bagi dua lagi kerajaan negeri yang dikuasai Pas iaitu Kelantan dan Kedah.

“Kenapa kita hendak bubar (DUN Terengganu), tidak ada sebab nyata kenapa kita hendak bubar.

“Kita masih konsisten dengan keputusan Pas Pusat bahawa tiada keperluan untuk membubarkan DUN walaupun Parlimen dibubarkan juga pada tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Majlis Presiden PH kelmarin memutuskan tiga negeri dibawah pemerintahannya iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan tidak akan dibubarkan jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Begitu pun, Ahmad Samsuri berkata, Pas Terengganu akan akur untuk membubarkan DUN jika mesyuarat Pas Pusat esok memilih untuk mengubah ketetapan terbabit. – KOSMO! ONLINE

POPULAR