fbpx
SITI KHATIJAH meminta maaf kepadfa Anna, Meerqeen serta semua pihak terasa dengan satu luahanya dalam Instagram baru-baru ini.

Cemburu, burukkan Anna Jobling? Siti Khadijah beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tiada niat mencetuskan perbalahan jauh sekali memburuk-burukkan regu lakonan.

Itu penjelasan aktres me­ningkat naik, Siti Khadijah Halim yang tampil memohon maaf kepada dua pelakon Anna Jobling dan Meerqeen atas salah faham yang timbul susulan penulisannya dalam sebuah hantaran Instagram baru-baru ini.

Menurut pemilik nama penuh Siti Khadijah Abdul Halim, 25, itu, penulisan yang dimuat naik sebelum ini telah disalah erti oleh pihak lain sehingga ada pihak mendakwa dia menyimpan rasa tidak puas hati terhadap dua pelakon terbabit.

“Saya tidak maksudkan atau tujukan kepada sesiapa. Penulisan kapsyen dan komen tersebut untuk diri sendiri sebenarnya.

“Namun, sekiranya ada pihak yang terkesan termasuk­lah peminat Anna dan Meerqeen, saya mohon maaf,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Tambah pelakon yang sedang popular menerusi drama Sekali Lagi Cinta Kembali, istilah cemburu apatah lagi niat ingin bermasam muka sesama rakan industri tidak wujud dalam kamus hidupnya.

“Mereka adalah kawan dan bukan lawan saya. Saya pun masih baru dalam industri dan tidak pernah tercetus pun istilah cemburu apatah lagi ingin bergaduh.

“Ini platform cari makan saya, jadi tiada niat pun nak mencari musuh dengan pelakon lain,” katanya lagi.

Tegas pelakon asal Kuala Lumpur itu, penulisan kapsyen tersebut bukan ingin mencetuskan sebarang kontroversi, jauh sekali provokasi terhadap orang lain.

“Mungkin silap saya sebab menulis sesuatu yang buat orang salah faham sehingga menjurus ke aras lain. Jika boleh undurkan masa, memang saya tak akan muat naik kap­syen tersebut,” ujarnya.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman sebelum ini menyedari perdebatan hangat netizen berhubung sikap seorang artis yang memburuk-burukkan namanya dalam media sosial.

Tidak lama kemudian, tular tangkap layar hantaran Instagram milik Siti Khadijah yang didakwa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama.

POPULAR