fbpx

Warga emas cedera disamun dua lelaki bermotosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video kejadian terbabit.

KLANG – Dua penyamun bermotosikal menyebabkan seorang warga emas cedera di Bandar Botanik dipercayai terlebih dahulu telah melakukan jenayah sama di Jalan Batu Unjur, Taman Bayu Perdana di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu berlaku ketika mangsa seorang wanita berusia 66 tahun berada di hadapan rumah selepas keluar dari kereta Toyota Vios dipandunya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa yang baru pulang dari kedai berdekatan dikatakan mahu membuka pagar kediamannya itu.

Kata beliau, wanita itu kemudian didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang berhenti bersebelahan kereta tersebut.

“Salah seorang suspek bertindak membuka pintu kereta dan mengambil beg tangan mangsa lalu melarikan diri dengan motosikal sama.

“Beg itu mengandungi dokumen pengenalan diri dan wang tunai RM200 yang diletakkan di tempat duduk sebelah penumpang hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Hoong Fong, sebuah kenderaan yang melalui Jalan Batu Unjur membuat rakaman video papan pemuka bagi membantu siasatan.

“Polis sedang mempergiatkan usaha mengesan dan menangkap dua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI