fbpx

Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parker (kiri) cuba menculik bayi dalam kandungan Simmons-Hancock (kanan) pada Oktober 2020. - Daily Mail

BOSTON, Massachusetts – Seorang wanita di negeri Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) berdepan hukuman mati apabila disabit dengan kesalahan membunuh seorang ibu mengandung dan mengeluarkan bayi mangsa daripada rahim, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Tertuduh, Taylor Rene Parker, didakwa membunuh Reagan Micelle Simmons-Hancock dan bayi perempuannya dalam kejadian yang berlaku di New Boston pada Oktober 2020.

Parker dipercayai menghentak kepala Simmons-Hancock menggunakan sebatang tukul hingga tidak sedarkan diri dan memotong perut wanita itu untuk mengambil bayi di dalam rahim. Ketika perbuatan itu dilakukan, seorang lagi anak mangsa berusia tiga tahun turut berada di rumah yang sama.

Motif utama jenayah itu dipercayai disebabkan situasi terdesak Parker yang berpura-pura hamil bagi mengelak daripada ditinggalkan teman lelakinya. Dia mencari bayi yang boleh dijadikan anak.

Penolong Peguam Daerah, Lauren Richards yang merupakan ketua pendakwaan mendakwa bahawa Parker ialah seorang penipu dan sangat jelas sering memanipulasi orang sekeliling.

“Dia perlu bertanggungjawab dan ‘membayar harga’ bagi jenayah yang telah dilakukannya,” tegas Richards. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI