fbpx

Individu terlibat pergaduhan di flat PKNS Kampung Baru sedang disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa individu terlibat telah dikenalpasti dalam kejadian di Flat PKNS, Kampung Baru, di sini, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berkaitan insiden kekecohan dan pergaduhan melibatkan beberapa individu di Flat PKNS, Kampung Baru, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat berkaiatan kejadian tersebut kira-kira pukul 11.35 malam.

Katanya, susulan maklumat itu, beberapa anggota kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian.

“Beberapa individu terlibat telah dikenal pasti dan tindakan lanjut akan diambil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI