fbpx

Cheras daerah terbanyak dadah dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi menunjukkan barang kes dadah yang akan dilupuskan dalam sidang akhbar pelupusan barang kes dadah di IPK Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 224,638 gram dan 139,295 mililiter dadah bernilai RM16.89 juta dirampas dalam Kuala Lumpur dalam tempoh 2005 hingga 2021 dilupuskan hari ini.

Sebahagian besar hasil rampasan dadah berlaku di Cheras manakala barangan kes paling banyak dilupuskan adalah syabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pelupusan barang kes dadah dan peralatan memproses dadah dilaksanakan mengikut peruntukan (pelupusan barang kes).

Menurut Beliau, barang kes dilupuskan sejumlah 2,894 kertas siasatan daripada keseluruhan 242,290 kertas siasatan dari tahun 2005 hingga 2021.

“Antara barang kes dadah yang akan dilupuskan terdiri daripada syabu 108,531 gram (RM10.85 juta), ganja 66,321 gram (RM3.31 juta).

“Diikuti dengan ketamin 14,280 gram (RM2.14 juta), MDMA 27,307 gram (RM409,000), air ketum 117,323 mililiter (RM 11,000) dan bahan kimia digunakan memproses dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pelupusan barang kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Tambah beliau , Jumlah harga pasaran bagi kesemua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM 16.89 juta dan boleh digunakan hampir 450,000 penagih.

“Di Kuala Lumpur tarikan lebih kepada dadah jenis syabu kerana permintaan tinggi dalam kalangan orang muda digunakan semasa berhibur.

“Disebabkan itu , di sini syabu banyak dilupuskan, kalau di negeri lain, lain pula majoriti dadah digunakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI