fbpx

20 anggota tentera disyaki terlibat rompakan laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan seramai 20 anggota tentera ditahan kerana disyaki terlibat dalam dua rompakan laut di Semporna, Sabah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata. semua suspek ditahan susulan dua laporan diterima pihak berkuasa pada 15 dan 18 Ogos lalu.

Menurut beliau, penahanan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan kes rompakan yang berlaku di Pulau Siamil Ogos lalu.

“Terdapat dua kes rompakan di laut yang disyaki dilakukan oleh anggota keselamatan pada Ogos lalu di perairan Pulau Siamil, Semporna, Sabah.

“Ia bersabit Bum Bum repot 1462/2022, kejadian pada 15 Ogos 2022 dan Bum Bum repot 1463/2022, kejadian pada 18 Ogos 2022,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Hamzah berkata, kedua-dua kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan.

Jelas beliau, kesemua suspek sudah dijamin pada 25 September lalu dan siasatan lanjut masih berjalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI