fbpx

Ribut petir hampir di semua negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri-negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sehingga pukul 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, ia melibatkan Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Selain itu, Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin) serta Selangor (Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

“Seterusnya, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Dalam masa sama, kawasan di Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau) dan Miri.

“Sabah pula di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar) selain Labuan,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI