fbpx

Lelaki sakit mental baling pisau di restoran diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian lelaki yang ditangkap orang awam kerana membaling pisau di sebuah restoran makanan segera.

KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berhubung seorang lelaki dipercayai pesakit mental membaling pisau di sebuah restoran makanan segera di Taman Midah, di sini semalam.

Suspek yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) itu telah ditahan oleh orang awam terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisiner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut pada pukul 11.25 pagi.

“Siasatan awal mendapati, suspek adalah OKU dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur serta mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Lelaki tempatan itu ditahan oleh orang awam selepas kejadian sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

“Sebarang maklumat berhubung kejadian ini, boleh disalurkan kepada polis di talian 03-9284 5050/5051 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 18 saat di media sosial memaparkan kejadian seorang lelaki ditangkap oleh orang awam kerana membaling sebilah pisau di sebuah restoran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI