fbpx

Jalan berlubang resahkan penduduk, pengguna kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Pengguna jalan raya di Jalan Bagan Lalang, di sini terdedah kepada bahaya apabila permukaan laluan terbabit mendap dan membentuk lubang besar sejak petang semalam.

Walau bagaimanapun, sebahagian jalan terbabit telah ditutup atas faktor keselamatan dan hanya kenderaan ringan dibenarkan melalui laluan berkenaan.

Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seberang Perai Utara memaklumkan, pihaknya menerima aduan daripada pengguna jalan raya kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Menurutnya,, pengadu memaklumkan terdapat satu lubang besar pada permukaan jalan di kawasan saluran pembentung Indah Water Konsortium (IWK).

“Ekoran kejadian itu, pihak JKR mengambil tindakan menutup sementara sebahagian kawasan jalan terbabit.

“Seterusnya, kerja pembaikan kekal pula sedang diselaraskan bersama pihak IWK,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Tambahnya, pihak JKR juga akan menyediakan laluan alternatif sekiranya diperlukan.

“Buat masa ini, laluan berkenaan masih dibuka kepada kenderaan ringan,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar permukaan jalan mendap menyebabkan terbentuknya lubang di laluan terbabit.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya yang memohon supaya kerja baik pulih dilaksanakan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI