fbpx

Dewan Rakyat: Kadar Inflasi lebih tinggi tanpa subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan kadar inflasi negara jauh lebih tinggi, iaitu sebanyak 10.6 peratus berbanding dengan 4.7 pada bulan Ogos 2022 tanpa subsidi yang disediakan oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun ekonomi negara kini sedang menghadapi pelbagai cabaran domestik dan global, dasar-dasar dan inisiatif kerajaan telah berjaya memulihkan ekonomi dan meringankan beban Keluarga
Malaysia.

“Pada tahun 2023, kesemua pakar ekonomi, termasuk daripada pertubuhan antarabangsa seperti IMF dan Bank Dunia meramalkan pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih rendah.

“Malaysia, sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, tidak terkecuali daripada terkena tempias daripada cabaran ini. Langkah-langkah untuk menangani
cabaran-cabaran ini akan diperincikan dalam Belanjawan 2023,” katanya ketika di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang ingin tahu apakah tindakan kerajaan dalam menangani senario cabaran ekonomi dalam dan luar negara ketika ini.

Mengulas lanjut Mustapa berkata, walaupun persekitaran ekonomi global amat mencabar, ekonomi Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh iaitu
sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama dan 8.9 peratus pada suku kedua tahun 2022.

“Ini antara lain disokong oleh pelbagai strategi dan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12), Bajet 2022, pakej rangsangan ekonomi dan pembukaan semula sempadan negara.

“Kerajaan yakin sasaran pertumbuhan di antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus bagi 2022 akan dicapai. Sehubungan dengan ini, Bank Dunia telah menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia kepada 6.4 peratus bagi 2022 berbanding 5.5 peratus yang dianggarkan sebelum ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI