fbpx

Hujan lebat hampir seluruh negara hingga tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat berlaku hampir di seluruh negara sehingga tengah malam nanti.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca ribut petir itu melibatkan semua kawasan di utara Semenanjung dan Pedalaman negeri Pahang serta dijangka berterusan sehingga tengah malam nanti.

Menurutnya, cuaca buruk itu juga berlaku di bahagian Barat Sabah dan di sekitar Pedalaman negeri Sarawak.

“Selain itu, cuaca buruk sama diramal berterusan berlaku tertumpu di kebanyakan kawasan pedalaman di Sabah dan bahagian Kapit serta Limbang di Sarawak pada sebelah malam nanti.

“Dalam pada itu, keadaan di sekitar kawasan perairan negara, angin dilihat bergerak dengan kelajuan yang sederhana iaitu sekitar 10 kilometer (km) hingga 20km sejam daripada arah timuran.

“Oleh itu, MetMalaysia tidak mengeluarkan sebarang amaran angin kencang dan laut bergelora dalam waktu yang terdekat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI