fbpx

Kejadian malang tiga pemain bola sepak selang dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim menjadi mangsa serangan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan bukan sahaja kerugian malah kecederaan anggota badan.

PETALING JAYA – Dalam minggu ini, tiga kali negara dikejutkan dengan serangan jenayah terhadap tiga orang pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan terbaharu Safiq Rahim.

Kesemua mereka diserang selang dua hari dari kejadian masing-masing.

Bermula dengan serangan samun ke atas pemain pasukan Terengganu FC (TFC), Akhyar, 25, pada Khamis lalu oleh dua individu tidak dikenali, berhampiran sebuah kondominium di Kuala Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri selain menanggung kerugian hampir RM5,000.

Dua hari kemudian, pada 5 Mei, arena bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan dengan insiden bintang Selangor FC, Faisal, 26, yang mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah.

Keadaan kesihatan tonggak Harimau Malaya itu semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta, di Shah Alam kelmarin.

Belum sempat reda isu Akhyar dan Faisal, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan dilaporkan diserang individu tidak dikenali, malam tadi.

Menurut sumber, pemain bola sepak bagu pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq, 37, didatangi dua lelaki menaiki motosikal selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor, kira-kira jam 10 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI