fbpx

RM85.9 juta pembiayaan koperasi dalam empat bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMRAN (belakang, tujuh dari kiri) bersama wakil koperasi pada Majlis Apresiasi Koperasi Terbaik Gerakan Koperasi Negeri Pahang di Dewan Tun Razak di Dewan Tun Razak di Temerloh.

TEMERLOH – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM85.9 juta kepada 66 buah koperasi dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dalam usaha menggerakkan sektor koperasi negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Amran Abd Kadir berkata, bagi tahun lalu pula pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan SKM (TMPSKM) itu merekodkan jumlah sebanyak 301.8 juta melibatkan 189 koperasi seluruh negara.

“Bagi tahun ini Wilayah Persekutuan merekodkan pembiayaan tertinggi sebanyak RM30.4 juta diikuti Selangor sebanyak RM17.7 juta dan Kelantan sebanyak 11.1 juta manakala tiada pembiayaan direkodkan di Negeri Sembilan dan Sabah setakat ini.

“Sehingga hari ini duit tabung ini yang boleh digunakan adalah sebanyak RM167 juta tetapi setiap bulan ia akan bertambah sebab mereka (peminjam) membayar pinjaman,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Apresiasi Koperasi Terbaik Gerakan Koperasi Negeri Pahang di Dewan Tun Razak di sini semalam.

Menurutnya pembiayaan melalui TMPSKM ini melibatkan lapan produk pinjaman termasuk pinjaman bercagar dan pinjaman agro makanan dengan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM30 juta.

Katanya, pinjaman yang diberikan juga adalah tanpa bayaran proses selain dengan kadar faedah serendah satu peratus dan tidak melebihi enam peratus berdasarkan kategori dan syarat tertentu

Beliau memberitahu mana-mana koperasi yang tersenarai dalam 100 koperasi terbaik negara adalah layak untuk membuat pinjaman dengan kadar faedah terendah sehingga satu peratus.

“Jadi kita berharap koperasi berlumba-lumba untuk disenaraikan dalam 100 koperasi terbaik kerana kita bagi pakej tabung modal pusingan ini begitu murah tidak dapat di mana mana institusi kewangan,

“Peluang sebegini yang kerajaan bantu harus dimanfaatkan bagi gerakan kopeerasi menjalankan pelbagai ekonomo berskala besar,”katanya.

Sementara itu Amran berkata, pada tahun ini SKM menerima peruntukan sebanyak RM11.75 juta geran pembangunan untuk pelbagai bantuan kepada koperasi termasuk dalam aspek pembangunan infrastruktur perniagaan.

Katanya setakat ini sebanyak RM2.6 juta geran pembangunan telah disalurkan kepada 45 buah koperasi di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI