fbpx

Wanita miliki ‘lutut Arnold Schwarzenegger’ ambil insurans RM900,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insurans lutut yang diambil Lima adalah sebagai jaminan keselamatan selepas ia menjadi tular kerana mirip lutut pelakon Arnold Schwarzenegger. - Daily Star

BRASILIA – Seorang ahli bina badan wanita dari Brazil memilih untuk mengambil perlindungan insurans ke atas kedua-dua lututnya yang bernilai  £174,000 (RM899,623), lapor akhbar Daily Star baru-baru ini.

Wanita berkenaan, Anne Lima berkata, dia mengambil keputusan tersebut kerana mahu memastikan lututnya yang dianggap menyerupai lutut aktor Hollywood, Arnold Schwarzenegger kekal selamat.

Lima pernah menjadi sensasi internet apabila ramai yang mengakui persamaan bentuk lutut wanita itu dengan pelakon Terminator berkenaan.

“Saya menganggap lutut adalah bahagian badan saya yang paling suci, jadi saya mahu melindunginya setiap masa.

“Lagipun, sejak lutut saya menjadi perhatian media sosial, saya berasakan lebih perlu untuk mengambil insurans sebagai jaminan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI