fbpx

Shah Rukh Khan dapat rumah percuma RM57 juta di Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

PETALING JAYA – Satu perkongsian menarik di laman sosial pempengaruh tempatan yang kini berada di luar negara, Irfan Khairi menyatakan nilai sebuah kediaman mewah milik pelakon terkenal Shah Rukh Khan di Dubai mencecah harga RM57 juta.

Jelas Irfan, pada minggu lalu, bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa diterangi video pelakon paling popular, Shah Rukh Khan setinggi-tinggi bangunan tersebut.

Katanya, di Dubai, Shah Rukh Khan memang sentiasa diangkat sehinggakan pelakon berasal dari India itu mempunyai sebuah kediaman berharga RM57 juta di Palm Jumeirah pulau terkenal yang berbentuk pokok kurma.

“Tapikan, bila dah popular macam Shah Rukh Khan ni, rumah pun tak perlu nak beli. Kediaman itu diberikan kepadanya secara percuma tidak perlu bayar.

“Inilah strategi syarikat pembuat pulau tersebut, Nakheel untuk naikkan lagi branding The Palm. Siapa ada rumah kat Palm, boleh berjiran dengan Shah Rukh Khan,” katanya.

Jelasnya sehingga kini makin ramai selebriti, ahli sukan terkenal dan orang-orang kaya beli rumah di The Palm.

Shah Rukh Khan pula katanya, bukan selalu duduk di Dubai hanya ketika bercuti sahaja akan datang ke sana.

“Tapi kalau anda pernah baca kisah Shah Rukh Khan bagaimana beliau mula sebagai seorang pelakon yang kuta berusaha dan sikap ‘workaholicnya’ sampai tidur pun empat jam sahaja sehari (bangun pukul 4 pagi untuk kerja), memang dia sepatut mendapatkanya.

“Pesanan Shah Rukh Khan yang saya sangat suka, ‘Don’t just work. Out work yourself’ (jangan usaha semata-mata. Tapi usaha lebih dari apa yang anda mampu),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI