fbpx

JDT II rangkul trofi Liga Premier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT II mengesahkan kejuaraan Liga Premier selepas menundukkan Selangor 2 pada aksi terakhir saingan kelmarin. – FB JOHOR SOUTHERN TIGER

PENGENDALI skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Mariano Echeverria mengakui cukup puas selepas berjaya membantu pasukan menjuarai trofi Liga Premier buat kali pertama dengan kejayaan menewaskan Selangor 2, 1-0 kelmarin.

Pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam itu, jaringan tunggal yang dilakukan oleh pemain muda berpengaruh, Daryl Sham sudah cukup untuk menghadiah­kan trofi divisyen 2 bola sepak negara buat skuad feeder Harimau Selatan.

Kata Echeverria, rahsia kejayaan pasukan apabila dapat bangkit mendominasi saingan Liga Premier musim ini adalah disebabkan kombinasi pemain muda dan pemain senior.

“Bagi saingan musim ini, saya gunakan hampir 40 pemain dalam pasukan JDT II dengan sebilangan besar kesebelasan utama akan diubah setiap minggu bergantung setiap perlawanan.

“Situasi ini adalah normal selain pemain-pemain import seperti Levy Madinda, Fernando Rodríguez dan Bienvenido Maranon turut membantu meningkatkan kualiti pasukan dan membimbing pemain muda,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Echeverria ­turut mendedikasikan kejayaan itu buat pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku ­Ismail Sultan Ibrahim sekali gus meneruskan momentum ­kecemerlangan pasukan musim ini.

“Kejuaraan ini dihadiahkan buat TMJ dan saya pasti semua pemain akan katakan perkara yang sama. Apa yang penting, tahun 2022 adalah detik kecemerlangan kelab JDT secara keseluruhan,” katanya.

Ini merupakan musim ter­akhir Liga Premier dilangsungkan selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan untuk ‘merehatkan’ seketika sai­ngan divisyen kedua itu bermula tahun depan.

Kejayaan JDT II meneruskan momentum pasukan utama yang terlebih dahulu menjuarai trofi Piala FA dan Piala Sumbangsih selain hampir pasti mengekalkan kejuaraan Liga Super musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI