fbpx

Ferrari Enzo RM12.9 juta ‘dilenjan’ hingga remuk oleh penghantar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Ferrari Enzo yang musnah teruk selepas kemalangan di Jersey, England pada Khamis lalu. - iTV

LONDON – Sebuah jentera mewah jenama Ferrari Enzo yang merupakan antara kereta paling jarang ditemui di dunia, musnah dalam satu kemalangan ngeri di laluan berkembar di Jersey, England, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.

Kemalangan ngeri itu berlaku pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis lalu.

Model Ferrari yang dinamakan sempena nama pengasasnya  iaitu Ferrari Enzo,  dipercayai bernilai sekitar £2.5 juta (RM12.9 juta) dan hanya terdapat 400 buah yang dikeluarkan di seluruh dunia.

Kemalangan yang berlaku di Victoria Avenue itu melibatkan pertembungan dengan sebuah kereta Honda Jazz.

Laluan berkembar itu ditutup dan perkhidmatan kecemasan berada di lokasi kejadian selama beberapa jam dengan Polis Jersi menggesa pemandu mengelak melalui kawasan itu.

“Ferrari Enzo itu  sedang menuju ke arah bandar, melepasi lampu isyarat sebelum terbabas di atas pembahagi jalan dan berpusing sebelum bertembung,” demikian menurut kenyataan seorang saksi.

Jentera Ferrari Enzo mempunyai kelajuan maksimum  sekitar 346 kilometer sejam dan dilengkapi dengan teknologi kereta lumba Formula Satu (F1).

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu tetapi seorang pemandu warga emas telah dibawa ke jabatan kecemasan hospital berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Terdapat laporan yang belum disahkan bahawa Ferrari itu sebenarnya dalam perjalanan untuk dihantar kepada pemilik baharunya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI