fbpx

TNB nafi tiang elektrik timpa bumbung rumah 2 budak maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai TNB bertemu keluarga dua beradik maut terkena renjatan elektrik di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi.

PETALING JAYA – Tidak berlaku talian terputus daripada tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan menimpa bumbung rumah mangsa seperti dakwaan pihak tertentu dalam insiden dua beradik maut terkena renjatan elektrik di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi semalam.

Menurut kenyataan TNB, pihaknya dan Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menyiasat kejadian tersebut.

“Justeru, TNB meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya dan sebagai menghormati keluarga mangsa,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, TNB memaklumkan, wakilnya telah menziarahi keluarga dan turut menyerahkan sumbangan ehsan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, dua beradik maut selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang mandi di dalam besen di halaman rumah mereka di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan kedua-dua mangsa iaitu Adam Haziq Zamri, 10, dan adiknya, Adam Harish Zamri, 9, tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Serdang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI