fbpx

‘Sabar, tunggu sajalah.’ – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri di Perhimpunan Khas bersama Warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – “Tunggulah. Kalau dari tahun lepas dah tunggu, tahun ni (tentulah) boleh tunggu.”

Itu respon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila diasak media mengenai tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, UMNO juga tidak terikat dengan sebarang syarat daripada mana-mana pihak dalam penetapan tarikh PRU-15 berikutan terdapat desakan daripada beberapa pihak supaya tarikh tersebut dipercepatkan.

“Dari dulu UMNO minta percepatkan pilihanraya bukan baru cakap. Kita nak kembalikan kepada rakyatlah untuk buat penentuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan di Perhimpunan Khas Perdana Menteri Bersama Warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC), di sini hari ini.

Selain itu katanya, sebarang kenyataan berkaitan PRU-15 hanya boleh dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sahaja.

“Semalam beliau dah buat kenyataan jadi kita guna kenyataan dia sebagai Setiausaha Agung sebab kita dah putuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan Ismail Sabri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia berdasarkan ketetapan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi iaitu pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan tahun ini juga.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut memaklumkan bakal mendedahkan laporan (siasatan) berkaitan salah laku oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Semalam, beliau telah mengarahkan agar satu siasatan lanjut dilaksanakan segera oleh agensi penguat kuasa berkaitan bagi menyiasat kemungkinan wujudnya salah laku oleh Tommy Thomas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI