fbpx

Penjara tawar khidmat sewa bilik RM28 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyewa sel di penjara ini akan ditempatkan di sayap lama bangunan tersebut. - Times Of India

NEW DELHI – Sebuah penjara di negeri Uttarakhand, India menyediakan khidmat sewaan bilik bagi mana-mana individu yang mahu menghapuskan nasib malang dalam bacaan horoskop mereka, lapor laman India Today semalam.

Menurut kepercayaan horoskop masyarakat Hindu, jika anda mempunyai kemungkinan untuk dipenjarakan atau dipanggil ‘bandhan yog’, anda boleh mengetepikan ‘dosa’  itu dengan memenuhi tempoh dipenjarakan dengan cara yang ditawarkan seperti itu.

Penjara Haldwani dipercayai institusi pembetulan salah laku pertama di India yang menawarkan khidmat tersebut.

Mereka yang berminat boleh menyewa bilik penjara dengan bayaran 500 rupee (RM28) sehari.

Penguasa penjara Haldwani telah berkata bahawa jika seseorang ingin menyewa bilik di penjara berkenaan, pihaknya akan menyediakan sel yang berasingan daripada banduan sebenar yang terletak di sayap lama.

Bagaimanapun, kebenaran untuk perkhidmatan sewa bilik luar biasa ini perlu mendapat keizinan daripada  ibu pejabat penjara negeri. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI