fbpx

Korea Utara tidak serik lancar peluru berpandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI menonton skrin televisyen di sebuah stesen keretapi di Seoul yang memaparkan pelancaran misil Korea Selatan pada 29 September lalu. - AFP

PYONGYANG  – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik awal semalam, kata tentera Korea Selatan, iaitu pelancaran keempat oleh negara komunis yang memiliki senjata nuklear itu minggu ini ketika Seoul, Tokyo dan Washington meningkatkan latihan ketenteraan bersama untuk menangkis ancaman Pyongyang.

Tentera Korea Selatan berkata, pihaknya ‘mengesan dua peluru berpandu jarak dekat, antara pukul 6.45 pagi hingga 7.03 pagi yang dilancarkan dari kawasan Sunan di Pyongyang ke Laut Timur’, merujuk kepada perairan yang juga dikenali sebagai Laut Jepun.

“Peluru berpandu itu ‘terbang sejauh sekitar 350 kilometer, setinggi 30 kilometer dan pada kelajuan 7,408 kilometer sejam,” kata Ketua Turus Bersama Seoul dalam satu kenyataan, Beliau menganggap pelancaran misil itu sebagai ‘provokasi serius.’

Tokyo turut mengesahkan pelancaran itu dan berkata, misil Korea Utara jatuh di luar zon ekonomi eksklusif Jepun.

“Peluru berpandu itu terbang dalam trajektori yang tidak teratur,” kata Timbalan Menteri Pertahanan, Toshiro Ino.

Pakar-pakar pertahanan berkata, trajektori tidak teratur menunjukkan peluru berpandu Pyongyang mampu bergerak dalam penerbangan, menjadikannya lebih sukar dikesan dan dipintas.

Korea Utara menjadikan lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris ke Seoul sebagai alasan untuk melancarkan peluru berpandu termasuk misil balistik jarak dekat pada Ahad, Rabu dan Khamis lalu, termasuk beberapa jam selepas Harris berlepas pulang dari Korea Selatan.

Washington mempunyai kira-kira 28,500 anggota tentera di Korea Selatan untuk membantu melindungi sekutunya daripada ancaman Korea Utara.

Di bawah pentadbiran Presiden Yoon Suk-yeol yang memegang jawatan pada Mei lalu, Korea Selatan dan AS, telah meningkatkan latihan ketenteraan bersama. Latihan sedemikian menimbulkan kemarahan Korea Utara  yang melihatnya sebagai persiapan untuk pencerobohan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI