fbpx

Devina Kirana ‘diserang’ netizen, dituduh kekasih gelap Rizky Billar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEVINA KIRANA dituduh sebagai punca pergolakan rumah tangga Lesti Kejora dan Rizky Billar.

TIDAK hanya Lesti Kejora dan Rizky Billar, nama pelakon yang juga model jelita, Devina Kirana turut menjadi sasaran netizen selepas didakwa menjadi punca keberantakan rumah tangga pasangan selebriti popular itu.

Hasil siasatan yang dijalankan netizen, timbul spekulasi mengatakan Devina merupakan individu yang dikatakan kekasih gelap Rizky sehingga disebut-sebut sebagai ‘pencuri laki orang’ atau pelakor dalam kalangan peminat di Indonesia.

Akibatnya, akaun Instagram pelakon berusia 28 tahun itu tdiserang netizen dengan pelbagai cacian.

“Dasar perampas. Dekat dengan Rizky kerana lelaki itu berjaya. Kejayaannya juga disebabkan isterinya Lesti,” ujar seorang netizen.

“Wajahnya cantik. Tapi sayang memilih suami orang,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Kalau benar kamu jadi perosak rumah tangga orang, kamu memang benar-benar tidak punya hati,” komen seorang lagi netizen.

Sementara itu, menurut laporan Detik.com, Devina dipetik meluahkan kekesalan lantaran dituduh sebagai wanita simpanan Rizky Billar seperti dakwaan netizen.

Malah, wanita itu turut berasa sangat penat apabila ruangan komen Instagram dibanjiri serangan kebencian dan kata-kata kesat netizen.

“Kenapa saya yang dituduh? Saya jadi bingung apabila diserang netizen sedangkan saya tidak bersalah dalam hal ini,” ujarnya.

Hasil tinjauan dalam Instagram turut menemui sebuah akaun Instagram khas yang dibuka netizen untuk mengkritik Devina diberi nama @kiranadevina.billar.

Profil akaun Instagram tersebut turut memaparkan foto pasport pernikahan Rizky dan Lesti. Bagaimanapun, wajah Lesti telah disunting menjadi wajah Devina.

Netizen mula menebak Devina sebagai kekasih gelap Rizky selepas mereka pernah bergandingan menerusi sinetron berjudul Jodoh Wasiat Bapak Bapak 2.

Rabu lalu, industri hiburan Indonesia gempar apabila Lesti, 28, membuat laporan polis terhadap suaminya, Rizky apabila dipukul dan dicekik selepas mendakwa lelaki itu berlaku curang terhadapnya.

Dalam laporan polis yang dibuat, Lesti mendakwa telah dihempas ke atas katil sebelum dicekik sehingga jatuh ke lantai oleh suaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI