fbpx

Penganggur hina polis untuk populariti dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penganggur yang membuat video menghina PDRM diberkas polis di rumahnya, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang penganggur menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di platform media sosial TikTok mengundang padah apabila ditahan di kediamannya di Permas Jaya di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima maklumat berhubung video tular itu pada pukul 5 petang hari sama.

Beliau berkata, tajuk isi kandungan video suspek berusia 22 tahun itu secara langsung merupakan satu penghinaan kepada PDRM secara keseluruhan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis berjaya mengesan pemilik video TikTok yang tular dan menahannya di rumah.

“Suspek dipercayai berbuat demikian dengan alasan mengejar populariti dan tumpuan daripada pengguna TikTok yang lain,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Hasil penahanan suspek itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok.

Raub berkata, pihaknya menasihati semua pengguna media sosial agar tidak sewenangnya memuat naik video dengan kandungan yang boleh menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguatkuasa terutama pasukan PDRM.

“Kes disiasat di bawah 504 kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1988,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI