fbpx

‘Aok’ koyak ke tu? – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

PETALING JAYA – “Aok (awak) koyak ke tu? Lantak ‘aok’ lah nak koyak”.

Demikian hantaran ringkas yang dimuat naik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor di Facebook miliknya hari ini.

Biarpun baru sejam perkongsian itu belayar dalam media sosial, ternyata meraih perhatian ramai apabila beliau mengusik dengan kata-kata yang dipopularkan oleh Cik Mat baru-baru ini.

Dalam hantaran sama, Muhammad Sanusi turut memuat naik sebuah gambar memakai baju dengan slogan ‘panaih takpa jangan koyak’.

“Koi (saya) ada baju, koi tak koyak,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi menjadi topik hangat apabila beliau mengusik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjuarai trofi Piala FA tahun ini.

Perkara itu kemudian menjadi tumpuan apabila netizen dan pelbagai platform media sosial pula menyunting gambar beliau untuk dijadikan bahan usikan.

Meskipun agak keterlaluan, beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kelihatan tetap tenang menghadapi situasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI